Visual Girls
Welcome to my blog

Copyright N U K E all rights reserved
Rindu Jurulatih Silat Laa!!
Wednesday, June 1, 2011 | 3:00 AM | 2 comments
Salam sejahtera semua!! :)

Erm. Kenapa erk semakin hari semakin rindu lak kat jurulatih silat Shyla dulu. Aiyaii. Rindu nak berlatih masa nak pergi bertanding kat Mrsm Kota Putra. Latihan punya la berat tapi kitorang enjoy la sebab tak serius sangat. Having fun jugak la masa practise. Nasib baik la jurulatih tak garang. Semua kepala ngok. Haha. Diorang kejam je sebab diorang suka bagi latihan yang berat2. Contohnya buat Push-up 2000 kali. Sit-up pun 2000 kali. Perghh! Mana tak penat. Hehe. But i miss that moment lorh :(

Shyla nak kenalkan la para "Tok Guru" Shyla kat semua. Hehe. Coach yang ngok ngek semua ni. Hehe.



Nama beliau?? Ni ialah Aiman Shallahuddin. Huhu. Handsome ke?? Tak handsome pun!! Tapi dia da ada tunang tau. Haha. Jangan gedik nak berkenan lak. Dia lepasan SPM dan akan ke China untuk sambung study. Hehe. Bijak orang nya tapi perangai...????? Ya Rabbi..!! Hehe. Jangan marah Encik Aiman ye. Dia ni jenis yang macam mana erk? Erm. Tak tahu la nak cakap macam mana pasal dia. Dia ni kadang2 serius kadang2 tak serius. Tapi dia la kut dalam ramai2 macam boleh jadi ketua. Sebab tu Shyla kenal kan dia dulu. Hehe. Yang pasti, dia hebat. Haha. Oh my goat!! Shyla puji dia?? (first time) Ok la Aiman. Moga berjaya di China nanti :)



Haaa! Ni nak cerita pasal budak kat atas ni. Yang mana satu?? The red one. Hehe. Nama dia unik Ooo. Ibnu Sina. Tokoh beb!! Ni memang coach Shyla yang tetap. Dari first jumpa dia dah ajar Shyla sampai la sekarang. Hehe. Thanx a lot to him. Dia yang ajar Shyla dari tak reti pape sampai jadi pro(Prosak) Haha. Dia ajar Shyla Seni Tari Tempur sejak 2 tahun lepas lagi. Dia ni nampak je serius masa latihan. Sebenarnya tak serius pun!! Selalu je gaduh dengan Shyla. Aiyaii. Adakah beliau single?? Oh yeahh! Memang single (rase2 nye la) Haha. Nak dia?? Tak yah la. Rosak kan akal anda je nanti. Haha. Dia akan sambung belajar kat Putrajaya. Umur sama ngan Aiman. Selamat maju jaya yaa Sina!! :)



Wahh!! Handsomenya beliau!! Haha. Handsome la kot. Perangai pun "handsome". Weekk!! Haha. Jangan nak ngorat dia ye. Dah berpunya!! Huhu. Nama dia Tengku Fakhruddin (kalau tak silap la) Masa latihan kat maktab, dia pernah datang sekali je. Masa pertandingan kat Mrsm Kota Putra baru la baik n rapat ngan dia. Nampak je handsome tapi mulut bising gak. Orang nya tinggi tau. Masa pergi Kota Putra tu,dia la jadi mata Sir. Dia yang ditugaskan untuk catat kelemahan anak2 buah. Dia marah oo baca buku catatan dia. Hari tu Shyla baca la buku catatan dia. Perghhh! Komen dia best gilak!! Komen dia berbunyi macam ni. (Shilla: Tak ingat step, perlu lajukan pergerakan, kena kuat latihan) dan banyak lagi la komen dia. Ayoyoo. Satu lagi..! Henset makwe dia sebijik cam Shyla. Huhu. Sambung study kat KL?? Jaga diri ye Kudin! :)



Yang ni..!! Terbaik bro!! Haha. Kat atas ni nama dia Aizuddin. Haha. Tak de gambar dia yang original. Aiyai. Semua yang edit pastu jiwang2 ayat dia. Waduhhh! Dia ni mat jiwang n paling jiwang diantara jurulatih2 yang lain. Haha. Tengok gambar dia da r. Ayat dia. Perghhh!! Haha. Dia la kot paling ngok ngek. Haha. Dia cakap nak jadi macam Sherie. Sherie ni klon Lady GaGa. So Din ni pun nak jadi Lady GaGa!! Haha. Gedik tol. Dia hebat lorh. Tengok je cam ngok ngek. Biasanya dia la ngan Sina seksa kitorang. Aishhh. jahat lorh. Dia pun macam diorang kat atas tu. Lepasan SPM. Sambung study kat KL (rasenye la) Hehe. Selamat belajar Din!! Jangan nakal2 lagi. Huhu~



Haaaa!! Anda mahu tahu siapa tuan punya orang yang ayu ni?? Haha. Ni la tunang Aiman. Hehe. Shyla panggil dia Kak Bayah. Dia ni katang ooo. Gagah perkasa. Huhu. Best sangat lepak ngan dia sebab dia sekepala. Perangai ngok gilak!! Hari tu ada dia tak puas hati dengan budak maktab mana entah masa pertandingan tu. Dia sound camtu je. Haha. Dia berani Oo. Dia pun akan sambung belajar. Belajar leklok ye akak. Nanti kahwin jangan lupa jemput kitorang. Huhu~ :)



Aiyooo! Cute nye dia ni. Sape boleh dia memang bertuah la. Dah la cute, baik lak tu. Huhu. Dia anak Sir kitorang. Shyla panggil dia Kak Syiqah. Best bila tengok dia buat Seni Tari Solo. Alahai. Lembutnya! Dia tak macam diorang kat atas ni. Dia baru nak SPM tahun ni. Huhu. Study leklok kak oii. Biar dapat ke luar negara! Hehe :)



Waaa. Bergaya nyaa~ Ni nama dia Ziyad Irham. Antara jurulatih Shyla yang paling muda kot. Dia sama umur ngan Shyla. 16 tahun. Dia single lagi kot!! Haha. Sape nak dia usha2 la. Haha. Shyla mula kenal dia masa nak grading. Dia la yang ajar Shyla. Thanx Ziyad!! Belajar kuat2 ye Ziyad. Buat yang terbaik unutk SPM tahun depan (Shyla pun sama!!) Haha. Thanx untuk grading hari tu :)



Ni gambar feveret Shyla!! Huhu. Stylo dee gambar ni. Sape lam gambar?? Kudin n Sina. Haha. Diorang macam2 boleh buat. Huhu.



Sekian sahaja coretan tentang jurulatih Shyla. Sebenarnya ramai lagi tapi yang ni yang paling rapat la kira nya. Hehe. Salam Sayang dari kami. PERSATUAN SILAT CEMARA BUGIS!! ...Hormat!! Hehe~ <3

Older Post | Newer Post
Visual Girls

hi all...welcome to my world



TagBoard

Enter your CBOX

Credit
skins by: Nuke
Ullzang photos by: Ulzzang girls